Sabtu, 21 Februari 2009

Kisah Mufti dan Umat Islam

Dalam kisah ini ia amatlah penting untuk kita buka mata dan menilai yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana Islam dan yang mana Dunia.

Pagar : Dalam Kisah ini pagar adalah sesetengah mufti kat Malaysia ini yang sepatutnya menjadi orang yang penting dalam menjaga kebenaran Islam dan juga memastikan pemimpin ditegur apabila melakukan kesalahan.

Padi : Padinya adalah umat Islam sendiri, kerana Mufti memainkan peranan penting untuk memastikan umat Islam di Malaysia terpelihara kefahamannya dan juga rasionalnya.

Makan : Pagar telah memakan padi dengan memberi pandangan "kononya" berdasarkan hadis dan Al-Quran, tetapi sebenarnya kenyataan itu semata-mata untuk memastikan gaji bulananya tidak terjejas. Boleh kita lihat beberapa kejadian yang terdahulu, mufti-mufti malaysia hanya berani membincangkan perkara yang remeh-temeh, tetapi perkara yang besar terlepas padang.. perkara seperti solat sunat, bacaan al-quran yang dikatakan salah hangat dibincangkan walaupun benda itu benda yang baik, tetapi perkara seperti perjudian, arak dan pelbagai lagi kes-kes besar didiamkan tanpa sebarang bantahan. Dan kes terbaru yang berlaku di Perak, tidak tahulah di mana kuasa Mufti perlu digunakan dalam kes ini kerana ianya semua adalah politik, tetapi tiba-tiba mufti perak menjadi dalang untuk meng'halalkan' kerajaan BN di Perak, dan juga menjadi dalang untuk membina jambata "PAS dan UMNO". Mana kebenaran mufti? adakan semua tindakan itu semata-mata untuk memastikan kerjanya tidak terjejas, periuk nasi nya tidak terjejas? Mufti Wilayah pula tiba mengeluarkan hadis yang menunjukan perbuatan Pakatan Rakyat adalah satu dosa, adakah setakat itu ilmu Mufti kita? Walaupun saya fakir ilmu, tetapi tahu yang hanya Allah dan Rasulnya sahaja kita tidak boleh bangkang, tetapi Raja mahupun pemimpin semuanya adalah manusia yang melakukan kesilapan, dan wajib ditegur oleh bawahanya. Dimanakah rasionalnya sesetengah mufti yang sepatutnya membela ajaran Islam yang betul, tetapi meletakan kebenaran ditepi sementara supaya keadaan dirinya selamat. Ingatlah dalam Quran ada berkata orang yang mengetepikan Islam untuk menjaga periuk nasinya adalah seekor anjing yang lebih teruk daripada anjing berkaki empat.